Persediaan Bijak Untuk Meringankan Beban Keluarga Saat Paling Diperlukan
Tentang Kami
MFZ Hikmah Khairat ditubuhkan sebagai satu inisiatif kebajikan bagi membantu meringankan beban kewangan serta pengurusan kepada waris apabila berlaku kematian ahli. Kami hadir sebagai sokongan awal agar urusan pada hari kematian dapat dilaksanakan dengan lebih teratur dan tenang.
Apabila Berlaku Kematian Ahli Keluarga
Kematian boleh berlaku tanpa diduga. Persoalannya, adakah kita benar-benar bersedia?
Realiti Yang Sering Dihadapi
Ramai keluarga tidak mempunyai simpanan khusus untuk menguruskan persiapan perkebumian. Kami memahami, tidak semua sempat membuat persediaan. Musibah tidak berbau — ia hadir tanpa amaran, tanpa kita tahu bila, di mana, dan bagaimana ia akan berlaku.
Sebelum Terlambat, Bertindak Sekarang
Sertai Skim Khairat Kematian MFZ Hikmah Khairat sebagai langkah persediaan awal untuk keluarga tersayang.
Manfaat Utama
Imbuhan Segera Dalam Tempoh 24 Jam.
Membantu Meringankan Beban Waris.
Melancarkan Pengurusan Jenazah.
Sokongan Penting Pada Hari Kematian.
Kami berpegang kepada prinsip:
Keikhlasan
Adalah asas setiap amal.
Kami memberi dan berkhidmat dengan niat yang tulus demi kebaikan bersama.
Amanah
Adalah tanggungjawab kami.
Setiap urusan diurus dengan jujur, telus dan penuh tanggungjawab.
Kebajikan Ummah
Adalah keutamaan kami.
Setiap usaha digerakkan demi membantu dan meringankan beban sesama insan.
Program ini terbuka kepada semua penduduk Malaysia tanpa mengira negeri atau latar belakang.
Serahan Wang Khairat Kematian Kepada Waris Pada Hari Kematian Ahli (24 Jam)
Pakej Khairat Kematian Ahli
Pakej RM300.00
Umur 1 ~ 80 Tahun.
RM20.00 Setahun.
Pakej RM1,000.00
Umur 1 ~ 70 Tahun.
RM60.00 Setahun.
Pakej RM1,500.00
Umur 1 ~ 70 Tahun.
RM80.00 Setahun.
Infomasi
SYARAT UMUM KEAHLIAN
Warganegara / Penduduk Malaysia.
Pendaftaran terbuka sepanjang tahun.
Yuran dibayar secara tahunan.
MANFAAT KEAHLIAN
Ahli MFZ Hikmah Khairat layak menerima:
Bantuan khairat kematian.
Bantuan segera kepada waris.
Pengurusan lebih tersusun dan teratur.
Sokongan ketika saat kecemasan.
CARA PENDAFTARAN
Isi borang pendaftaran secara online.
Lengkapkan maklumat peribadi & waris.
Buat bayaran yuran keahlian.
Keahlian akan diaktifkan selepas pengesahan.
CARA BUAT TUNTUTAN
Apabila berlaku kematian ahli
Waris perlu menghubungi pihak pengurusan MFZ Hikmah Khairat.
Sediakan dokumen:
Salinan IC si mati.
Sijil kematian.
Permit Perkuburan.
Proses bantuan akan diuruskan dengan segera.
Soalan Lazim (FAQ)
S: Adakah keahlian terbuka seluruh Malaysia? J: Ya, terbuka kepada semua penduduk Malaysia.
S: Jika lewat bayar yuran? J: Perlindungan Khairat Kematian ahli terbatal dan digantung sehingga bayaran baru dibuat.
S: Boleh daftar untuk ibu bapa? J: Ya, selagi memenuhi had umur yang ditetapkan.